Home
  >  
Section 59
  >  
Chapter 58,886

Species and Size Composition of Seahorses (Genus Hippocampus, Family Syngnathidae) in the Coastal Waters and Local Market of Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Shapawi, R.; Anyie, A.L.; Hussien, M.A.S.; Zuldin, W.H.

Tropical Life Sciences Research 26(2): 1-13

2015


ISSN/ISBN: 1985-3718
PMID: 26868706
Accession: 058885316

Kepelbagaian kuda laut (genus Hippocampus, Famili Syngnathidae), komposisi saiz dan perbezaan saiz berdasarkan jantina telah dikaji pada bulan November 2012 sehingga Mac 2013 di kawasan-kawasan terpilih sekitar perairan dan pasar tempatan di Kota Kinabalu, Sabah. Sebanyak enam spesies kuda laut telah dikenal pasti melalui kajian ini iaitu: (1) Hippocampus barbouri, (2) Hippocampus comes, (3) Hippocampus kelloggi, (4) Hippocampus kuda, (5) Hippocampus spinosissimus dan (6) Hippocampus trimaculatus. Kesemua enam spesies dijual di pasaran tempatan dan didapati bahawa kebanyakan kuda laut kering adalah hasil daripada tangkapan pukat tunda dan didagangkan sebagai ubat tradisional, cenderamata dan untuk kegunaan lain. Sebanyak empat spesies iaitu (1) H. barbouri, (2) H. comes, (3) H. kuda dan (4) H. spinosissimus telah ditemui menggunakan kaedah penyampelan secara terus di habitat yang berbeza sekitar perairan Kota Kinabalu. H. comes adalah yang terbesar dalam kalangan empat spesies hidup yang ditemui (min standard length [SL]: 148.25±1.26 mm), manakala H. barbouri adalah yang paling kecil (min SL: 129±7.81 mm). Bagi sampel kering, H. kelloggi adalah yang terbesar (min SL: 245.25±14.55 mm) dan H. barbouri adalah yang terkecil (min SL: 127.21±10.01 mm). Tiada perbezaan ketara (p>0.05) antara panjang jantan dan betina serta tiada perbezaan saiz berdasarkan jantina dalam setiap spesies. Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini adalah penting bagi memberikan beberapa data asas dalam usaha pemuliharaan teleost marin yang unik ini.

PDF emailed within 1 workday: $29.90